Adik kepada pelakon, Syatilla Melvin iaitu Syida Melvin dilihat berkongsi gelagat nakal anak perempuannya, Sara Sajedda atau lebih dikenali sebagai Jedda bersama sepupunya ketika sesi live di media sosial.
Menerusi sedutan live yang dimuatnaik di TikTok, Jedda yang bersama bapanya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen dilihat sempat ‘membuli’ anak perempuan Syatilla iaitu Salama, dan anak lelaki Syifa iaitu Saif.
“Dr Epidural dengan patient dia di Klinik Live 😂.”-kapsyen di TikTok
@jeddadrepidural Dr Epidural dengan patient dia di Klinik LIVE 🤣🤣🤣 #masukberanda #foryoupage #instagood #fyppppppppppppppppppppppp #trending #fypシ゚viral #tiktok #explore #learnontiktok
♬ Cute and fun food – zomap
“Jedda Macam Tiru Balik Apa Yang Makcik-Makcik Dia Buat…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat nakal Jedda bersama sepupunya yang lain, malah ada yang berpendapat Jedda seolah-olah ‘meniru’ kelakuan ibu saudaranya yang lain.
“Jedda macam tiru balik apa yang makcik-makck dia buat kat dia. Perasan tak?.”
“Jedda ni kasar.”
“Sulaiman ni rilek je kena dengan Jedda 🤣.”
“Jedda punya love language kot gitu 😆.”
“Muka manis, tangan tu MasyaAllah. Kenapalah. Laju sangat lakukan tugas nak inject.”
“Jedda lepas geram. Nak buat dekat Mak Ngah dia tak boleh 🤣.”
“Seorang jenis penyakit geram, sorang manja sampai ke sudah la bergaduh 😂.”
Sekadar info, Syida Melvin mendirikan rumah tangga bersama anak lelaki kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid iaitu Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada Jan 2019.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Safa Safeera dan Sara Sajeeda, dan kini sedang sarat hamil cahaya mata ketiga.