Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Jemaah Dari Indonesia Teruja Berjumpa Dengan Siti Nurhaliza Di Mekkah,...

    [VIDEO] Gelagat Jemaah Dari Indonesia Teruja Berjumpa Dengan Siti Nurhaliza Di Mekkah, Cetus Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Tak Kisah Dekat Mana, Pasti Ada Yang Mengenalinya”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 25 ribu, tanda suka sebanyak 1,256 dan sebanyak 10 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang berada di tanah suci Mekkah bagi menunaikan ibadah umrah, namun kelihatan beberapa peminat yang juga jemaah di sana yang berasal dari Indonesia kelihatan teruja ketika bertemu dengan penyanyi no 1 Malaysia itu.

    @sitizoner

    #fyp @Jay Ibrahim Travel & Tours

    ♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa dimana pun Tokti berada pasti akan ada yang mengenalinya. Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts