Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Khawla Layan Peminat Ernie Zakri Raih Perhatian Ramai-“Ibu Takda, Lala...

    [VIDEO] Gelagat Khawla Layan Peminat Ernie Zakri Raih Perhatian Ramai-“Ibu Takda, Lala Yang Layan!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

    Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

     “Khawla Comel Sangat, Pastu Sporting Pula Tu”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @wrkoutco yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 61 ribu, tanda suka sebanyak 2,372 dan sebanyak 12 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Khawla yang melayan peminat ibunya dengan menyanyikan lagu yang berjudul ‘Masing-masing’.

    @wrkoutco

    Comelnya khawla @erniezakriez #masingmasing

    ♬ original sound – WRKOUTCO – WRKOUTCO

    @wrkoutco

    Bestnyaa Khawlaa😔, min nak jumpa juga uncle @Aziz Harun #khawlacutegiler #masingmasing #janj #fypシ

    ♬ Janji – aziz harun

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Khawla sememangnya seorang kanak-kanak yang periang dan tidak malu untuk beramah mesra terutamanya dengan peminat ibunya itu.

    Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak solehah yang taat pada ibu bapanya dan semoga kita semua diberikan rezeki yang melipah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts