Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah merupakan seorang pelakon dan peragawati di Malaysia. Terdahulu isunya bersama bekas suaminya hangat diperkatakan netizen dan pada akhirnya mereka bercerai dengan talak satu.
Puteri Sarah memulakan kerjayanya sebagai pelakon iklan dan seterusnya menjadi pelakon untuk filem dan drama televisyen tempatan. Kini selain sibuk menguruskan anak-anak, Puteri Sarah juga sedang sibuk untuk memenuhi jadual sehariannya sebagai pelakon.
Terdahulu, Puteri Sarah dikaitkan dengan Usahawan dan aktor dari indonesia iaitu Andi Arsyil Rahman apabila dikatakan semakin akrab dan mempunyai hubungan yang istimewa. Namun Puteri Sara menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa mereka hanya sekadar kawan dan rakan perniagaan sahaja.
“Jujur Betul Si Maya Ni, Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @puterisarahfanss yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 186 ribu, tanda suka sebanyak 2,820 dan sebanyak 30 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Puteri Sarah yang menanya anak perempuannya itu adakah dia mendengar cakap, namun jawapan yang diberikan anaknya itu mencuit hati netizen.
#puterisarahliyana #andiarsyil #syaikulsumayah #story🌷🤍 #🤍🤍🤍🤍🤍 … | sumayyah puteri sarah | TikTok
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan anaknya itu tampak seperti seorang yang tegas dan berpendirian teguh,
Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?