Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Maryam Menyakat Anaknya Makan Ais Krim, Raih Perhatian Ramai!

    [VIDEO] Gelagat Maryam Menyakat Anaknya Makan Ais Krim, Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali dengan selebriti media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering mencuri perhatian peminat kerana selalu berkongsi videonya bersama suami dan anak di media sosial.

    Nama Maryam dikenali ramai kerana telatahnya yang mencuit hati serta menghiburkan ramai orang. Maryam kini menetap terus di Malaysia selepas suaminya Ryzal memutuskan untuk menetap di sini, namun masih lagi mengajar anaknya dwi bahasa iaitu Hangul dan Bahasa Malaysia.

    “Bagusnya Rina, Petah Berkata Kata”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Maryam yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 4 juta, tanda suka sebanyak 282 ribu dan sebanyak 2,538 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Maryam yang menyakat anaknya iaitu Rina ketika memakan ais krim.

    @uyounik

    Omma makan sikit je pun~😂

    ♬ original sound – Duriankimchi – Duriankimchi

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Rina merupakan kanak-kanak yang bijak dan petah berkata-kata. Tambah mereka lagi, mereka kagum dengan bahasa Korea dan Malaysia yang dikuasai Rina itu.

    Apa-apa pun, semoga Rina membesar menjadi anak solehah yang taat pada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts