Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dia bersama anak perempuannya, Rina.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Maryam di TikTok, dapat dilihat Rina yang turut menyertainya menikmati batang saderi (celery) yang dimakan secara mentah sebagai snek.
“Saya suka makan saderi kerana ia kaya dengan potassium dan bagus untuk mengeluarkan sodium. Tapi lebih seronok bila makan dengan Rina!”-kapsyen Maryam di TikTok
@uyounik I like to eat celery because it is rich in potassium and is good for excreting sodium. 👍👍👍👍lagi seronok bila makan dengan Rina!
♬ 好可爱的宝宝 – 如期而至
“Seronok Tengok Kanak-Kanak Suka Sayur…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat gelagat Maryam dan Rina, malah ramai yang memuji Rina yang disifatkan tidak memilih makanan.
“Sebenarnya celery mentah lagi sedap dari yang dah masak, makan dengan mayonis pergh.”
“Bagus la anak dia semua makan tak memilih.”
“Rina comel. Bijakk.”
“Maryam ni bercakap lembut je dengan anak, so anak pun bercakap lembut, anak mudah terikut contoh ibu ayah.”
“Weh dia kunyah celery macam kunyah chewing gum eh.”
“Seronok tengok kanak suka sayur.”
“Suka tengok anak yang jenis bagi je makan, bagi je makan. Anak saya tengok-tengok dulu sedap tekak baru makan.”
“Bagusnya Rina makan celery.”
Sekadar info, Maryam yang berasal dari Korea Selatan mendirikan rumah tangga dengan Ryzal Ibrahim pada 15 Ogos 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rina. Malah, Maryam juga kini sedang hamil cahaya mata kedua.