Mas idayu binti Mesnun atau lebih dikenali sebagai Mas Idayu merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau menerima jolokan Ratu Gelek 45 darjah oleh Dato’ Hattan.. Beliau merupakan salah seorang penyanyi ternama yang memperjuangkan muzik dangdut sejak era 1990an. Mas Idayu merupakan antara artis wanita dengan jualan album terlaris di era tersebut malah cukup terkenal dengan lagu-lagu dangdut malar segar seperti “Cintaku 100%” dan “Senggol-senggolan, Cubit-cubitan”.
Sepanjang bergelar penyanyi, beliau pernah memenangi dua trofi Anugerah Industri Muzik serta menjuarai rancangan realiti Mentor musim ketiga pada 2009 yang mana beliau bertanggungjawab melatih dan mencungkil bakat penyanyi popular Black Hanifah. Beliau juga menjadi pengkritik tetap program Dangdut Academy Asia di Indosiar dari 2015 sehingga 2019. Pada tahun 2016, Mas Idayu telah dilantik sebagai tenaga pengajar di Akademi Fantasia 2016 (AF2016),
Pada 16 September 2022, Beliau Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Sufian Che Isa, Yang Juga Penerbit Eksekutif TV3 Dengan Sekali Lafaz.
“Mummy Kadang Kelakar, Tapi Kalau Dah Hangin Memang Meremang”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Mas Idayu yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 315 ribu, tanda suka sebanyak 4,359 dan sebanyak 103 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan cara jalan Mas Idayu yang mencuit banyak hati. Beliau mengatakan bahawa berjalan sebegitu ingin cepat kerana program akan bermula dalam waktu yang singkat.
@masidayu1001 Amboi bkn main korg gelak kan aku ya …… 🙄🙄🙄🙄 dh kena gegar panggil , prgrm dh nk start ha kau mencecet lariiiiiii ….. #familiduo #2024 #semifinal #masidayu1001 #harummekardihati #fypツ
♬ original sound – Mas Idayu Mesnun – Mas Idayu Mesnun
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Mas Idayu sebenarnya seorang yang suka bergurau walaupun di dalam kaca televisyen terlihat beliau amat tegas.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?