Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen!-“Sanggup Jatuhkan...

    [VIDEO] Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen!-“Sanggup Jatuhkan Ego Demi Anak-Anak…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian terkini pelakon, Fasha Sandha ketika menghadiri satu acara baru-baru ini mencuri perhatian netizen di media sosial.

    Fasha menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, memaparkan dirinya sedang bermesra bersama pelakon jelita, Nora Danish yang anggun menggayakan hoodie dan hijab berwarna putih.

    View this post on Instagram

    A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

    “Dua Wanita Berhati Emas…”

    Perkongsian Fasha dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang memuji sikap kedua-dua pelakon ini yang disifatkan membuang ego masing-masing demi anak-anak tersayang, malah ramai yang memuji penampilan Nora Danish yang semakin anggun bertudung.

    “Fasha dengan Nora ni betul-betul maintain muda remaja ya. Saya kecil-kecil dulu dah layan cerita lakonan mereka, Puteri, Natasha, Anak Mami Kembali. Tapi macam tu je mereka sekarang.”

    “Nora sopan betul, suka tengok 😍.”

    “Dua wanita berhati emas, sanggup jatuhkan ego masing-masing demi kedamaian jiwa anak-anak mereka.”

    “Nora nampak sopan betul, nampak sangat macam tak mau menari.”

    “Tak sangka perubahan Nora Danish ke arah yang lebih baik, sentiasa muda remaja jelita.”

    Sukanya tengok diorang berdua ni MasyaAllah.”

    “Dua-dua saya suka, hati yang bersih.”

    Sekadar info Nora Danish pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ramli pada 20 Jun dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli.

    Walaubagaimanapun, Nora dan Rizal bercerai pada 10 Julai 2008, dan Rizal kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Fasha Sandha pada 27 April 2012 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 20 Januari 2016.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, dan Putri Raysha Jemyma.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts