Penyanyi dan usahawan kosmetik sensasi iaitu Dato’ Seri Vida sering mendapat perhatian ramai. Pasti satu Malaysia mengenali Dato Vida menerusi produk-produk kecantikkannya dan lagu-lagunya yang sentiasa tular.
Dato Vida sering membuat live di media sosial miliknya sebagai inisiatif untuk melebarkan lagi perniagaannya serta untuk beramah mesra bersama peminat serta pengikut media sosialnya.
Selain Dato Vida, anak perempuanya iaitu Cik B sering juga mendapat perhatian ramai. tidak kira usia pasti akan mengenali Cik B kerana telatahnya yang sangat ‘sporting‘ membuatkan ramai yang senang dengannya.
“Kerja Tak Habis Siapa Nak Bayar, Kalau Aku Pun Tak Nak Bayar”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Micheal Ang yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meriah jumlah tontonan sebanyak 529 ribu, tanda suka sebanyak 26 ribu dan sebanyak 522 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Micheal Ang yang memberitahu mengenai kes yang sedang berlaku pada Dato Seri Vida selepas beliau menerima panggilan DSV dari China itu.
Salam berita batu n terhangat dari mulut makcik @datoserividaofficial … | shuib ceo helmi | TikTok
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengataka bahawa pasti DSV mempunyai sebab yang kukuh sehingga tidak mahu membayar kepada syarikat tersebut.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?