Siapa yang tidak kenal dengan Samihah @ Aisah Omar atau lebih dikenali sebagai Misha Omar, beliau adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 8 piala Anugerah Juara Lagu, 5 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & masing-masing sebuah trofi Festival Filem Malaysia dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001. Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta.
Beliau juga antara segelintir artis Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat Asia terutama setelah memenangi anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada 2003.
“Hensem Anak Misha Yang Sulung Ni, Malu-Malu Bila Kena Usik”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @misha.omar4 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 428 ribu, tanda suka sebanyak 13 ribu dan sebanyak 299 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Misha Omar yang merakam dirinya menyakat anak sulungnya itu.
@misha.omar4 Jangan Lupa Follow ! Anak sulung 😘 #mishaomar #fyp #foryoupage
♬ original sound – MISHA OMAR – MISHA OMAR
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka juga sering menyakat anak-anak terutamanya yang sangat pemalu kerana ingin melihat reaksi mereka.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?