Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Nabila Huda Bersama Pelakon Cilik Raih Perhatian Ramai!-“Kesian Pagi-Pagi Kena...

    [VIDEO] Gelagat Nabila Huda Bersama Pelakon Cilik Raih Perhatian Ramai!-“Kesian Pagi-Pagi Kena Pukul”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pengacara hebat ini, iaitu Nabila Huda. Beliau mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis serta merupakan anak sulung kepada lagenda rock terkenal Datuk Amy yang merupakan vokalis utama dalam kumpulan Search.

    Nabila Huda memulakan kerjaya lakonannya pada 2001 semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di awal penglibatannya, Nabila menguruskan kerjayanya sendiri dan belajar mengenai seni lakonan ketika berada di lokasi penggambaran. Beliau tidak hanya duduk bersama pelakon lain, akan tetapi bersama semua individu yang terlibat termasuk jurukamera dan penulis skrip yang menjadikan setiap lakonannya berkesan dimata penonton.

    Sejak kebelakangan ini, Nabila Huda sering berkongsi video bersama anak daranya iaitu Kesha Laila yang kini berusia 14 tahun dan suami tercintanya di laman media sosial miliknya itu.

    “Budak Tu Tak Nervous Ke?, Kalau Aku Nervous Wehh”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @nabilahuda775 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 398 ribu, tanda suka sebanyak 16 ribu dan sebanyak 80 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Nabila Huda bersama pelakon kanak-kanak dalam penggambaran sebuah drama. Di mana ketika itu adalah watak Nabila Huda yang terpaksa memukul pelakon kanak-kanak tersebut.

    “Pagi-pagi dah kena pukul, sabar ye sayang”-kata Nabila Huda

    @nabilahuda775

    #nabilahuda #kupukupu #abilmasak #fyp #fypagetiktok #fypagee #foryoupage❤️❤️ #fypmalaysia #foryou #foryoupage #esekeli #berandatiktok #masukfyp

    ♬ original sound – Nabila Huda – Nabila Huda

    Rata-rata netizen terpegun melihat lakonan Nabila Huda itu. Mereka juga mengatakan bahawa Nabila Huda merupakan seorang pelakon yang sangat mendalami dan menjiwai watak yang disandangnya.

    ALSO READ:  ‘Jangan Pepandai Nak Ajar Kami’ – Gaya Aaisyah Macam Orang Dewasa, Che Ta Tampil Bidas Komen Netizen

    Apa-apa pun, semoga Nabila Huda akan terus mewarnai industri seni tanah air bagi memartabatkan nama negara. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts