Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Najwa Latif Puji Peminat Yang Menyanyikan Lagunya, Raih Perhatian Ramai!

    [VIDEO] Gelagat Najwa Latif Puji Peminat Yang Menyanyikan Lagunya, Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Imratul Najwa binti Abdul Latif atau lebih dikenali sebagai Najwa Latif merupakan seorang penyanyi dan pensyarah di sebuah universiti di Malaysia.

    Nama Najwa Latif tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air Malaysia, apabila lagu single pertamanya yang berjudul “Cinta Muka Buku” viral dan mendapat perhatian dari orang ramai pada suatu ketika dahulu. Menerusi lagu itu juga membuatkan Najwa Latif layak ke Ajl dan menjadi peserta muda yang pertama memasuki pertandingan itu ketika hanya berumur 16 tahun.

    “Sedap Juga Suara Abang Ni Nyanyi Lagu ‘Cinta Muka Buku’”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ekeqekek yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 222 ribu, tanda suka sebanyak 16 ribu dan sebanyak 49 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Najwa Latif meminta peminatnya untuk menyambung nyanyian lagunya iaitu ‘Cinta Muka Buku’, namun nyanyian peminat lelaki tersebut mencetuskan perhatian ramai.

    “Wahhhhh Sedap”-Kata Najwa Latif

    @ekeqekek

    ♬ original sound – FANS WAWA – FANS WAWA

    Rata-rata ramai yang terpegun melihat nyanyian peminat tersebut. Mereka juga memuji bahawa suaranya sangat sedap untuk di dengar serta mereka juga meminta video sambungan nyanyian tersebut kerana tidak puas untuk mendengarnya.

    Apa-apa pun, semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts