Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Suka Tengok Telatah Aaisyah Bila Dengan Che Ta, Sangat Diva”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian Ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 31 ribu, tanda suka sebanyak 995 dan sebanyak 23 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta dan Aaisyah yang menunjukkan baju OOTD mereka dengan tema yang sedang tular di laman media sosial iaitu ‘Old Money’.
Qeja kami makin haqi makin mudah bila ada anak pompuan ni wei .. walau… | skintific compact powder | TikTok
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Che Ta dan Aaisyah pakailah apa sekalipun akan tetap terletak elok.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?