Dato’ Dr. Mohamad Nasir bin Mohamed atau lebih dikenali sebagai M. Nasir merupakan seorang penyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Malaysia yang lahir di Singapura. Dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia, beliau memulakan kerjaya bersama kumpulan Kembara sebagai vokalis dan gitaris untuk tempoh singkat sebelum memulakan kerjaya muzik secara solo.
Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah “Mustika”, “Apokalips”, “Mentera Semerah Padi”, “Raikan Cinta” dan “Phoenix Bangkit Dari Abu” dan “Juwita… (Citra Terindah)”. M. Nasir juga ialah pengasas dan pemilik syarikat rakaman Luncai Emas yang turut berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya. Sepanjang kerjayanya, beliau menjadi salah seorang antara penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.
“Mesti Ramai Yang Nak Beli Sampul Duit Raya M. Nasir Tu”-Netizen
Baru-Baru ini, tular satu video yang diumuat naik di laman media sosial tiktok milik @aminsyafiq_ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 591 ribu, tanda suka sebanyak 10 ribu dan sebanyak 218 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan peminat yang menghadiri konsert M. Nasir turut memungut duit raya yang bertaburan. Duit raya tersebut jatuh dari atas ketika M. Nasir mendendangkan lagu raya di konsertnya itu.
@aminsyafiq_
Duit raya punya pasal, sanggup tebalkan muka panjat pagar pergi kutip 😂 Terima kasih sifu Dato @M.Nasir bagi duit raya. Terima kasih juga Iman Tang untuk Cipta 2. Bila Cipta 3? Modal dah ada ni 🤣 #cipta2 #datomnasir #iconentertainment #axiataarenabukitjalil #fyp #fypシ
♬ original sound – Amin Syafiq – Amin Syafiq
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa pasti ramai yang menginginkan sampulk duit raya tersebut. Tambah mereka lagi, jumlah duit di dalam setiap sampul tersebut adalah RM1.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?