Siti Elizad Mohd Sharifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Siti Elizad yang merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1994. Beliau diperkenalkan menerusi filem arahan Bade Hj. Azmi, Berlari Ke Langit sebagai watak utama.
Selain itu, nama beliau kembali melonjak naik menerusi drama rantaian slot Akasia di TV3 iaitu drama Teman Lelaki Upahan dengan memegang watak sebagai Kyra Lydia.
Siti Elizad menjadi penyampai radio wanita di Sinar FM pada tahun 2019 hingga 2023 untuk segmen Duo Sinar. Siti Elizad merupakan anak keempat dari lima beradik dan merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.
“Cantiknya, Dari Dulu Sampai Sekarang Tetap Merendah Diri”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rzwa85 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 759 ribu, tanda suka sebanyak 21 ribu dan sebanyak 155 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Siti Elizad yang tersenyum kepada peminat yang merakamnya itu.
@rzwa85
Haihh cantikk betul lah ejad ni😍 yg penting dari dulu sampai skrg sangat lah humble orgnye😍 #Berbahagisuami #astro @Elizad Sharifuddin @Ainaa Asnor
♬ Satu Dua Kau – Salwa Abd Rahman
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Siti Elizad dari dulu sehingga kini tidak pernah sombong terutama dengan peminatnya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?