Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Raja Azura ‘Cemburu’ Anak Lelaki ‘Dingorat’ Wanita, Netizen Terhibur!

    [VIDEO] Gelagat Raja Azura ‘Cemburu’ Anak Lelaki ‘Dingorat’ Wanita, Netizen Terhibur!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gelagat pengacara dan pelakon terkenal, Raja Azura bersama putera sulungnya, Megat Muhammad Raziq mencuri perhatian netizen di media sosial.

    Raja Azura ‘Soal-Siasat’ Anak Bujang Dingorat Rakan Wanita?

    Menerusi video yang dirakam anak perempuannya, Puteri Mia Maizura dan dimuatnaik di TikTok, pelakon ini dilihat ‘soal-siasat’ anak lelakinya selepas dikatakan mempunyai kawan wanita.

    “Siapa Jiq (Raziq)? Siapa kawan tu? Ajiq cakap tadi siapa? Perempuan daripada mana? Daripada mana? Patut laa Ajiq tak call mama. Patutlaa Ajiq diam, senyap. Sebab keluar dengan kawan-kawan. Siapa kawan-kawan perempuan ni?.

    Perempuan tu takde kerja lain ke? Yang sibuk nak tanya Ajiq makan apa? Pergi tanya orang lain. Jangan try Ajiq, tak boleh. -soal Raja Azura

    @raja.azura

    Anak dah 22 tak boleh ada girlfriend lagi 🙂‍↔️ mama ni taktau ke anak perempuan dia sunyi nak ada kakak 😔

    ♬ original sound – Raja.azura – Raja.azura

    Balas anak lelakinya, dia sempat berseloroh bahawa kini ramai wanita yang mahu mengoratnya itu.

    “Ada ramai nak try Ajiq masalahnya sekarang ni. Ada la perempuan-perempuan ni. Ajiq keluar dengan classmate.

    Dia kata kat kawan Ajiq, senyuman Ajiq manis. Dia kata handsome.”-seloroh Raziq

    “Sakit Perut Bakal Gf Nak Jumpa Bakal Mak Mentua…”

    Di ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya yang bergelar ibu, turut berkongsi situasi yang sama seperti Raja Azura bersama anak lelakinya itu, malah ada yang sempat mengusik bakal teman wanita Raziq harus bersiap sedia untuk mengadap bakal ibu mentua seperti pelakon senior ini.

    “Abang sulung aku macam ni. Apa-apa, emak. Sampai jadi pegawai daerah pun emak. Abang aku tu dah 40-an. Cabut gigi pun call emak.”

    “Saya ada anak bujang sorang, dah warning jangan nak kahwin awal sangat. Susahnya hati nak lepaskan anak bujang ni.”

    “Kak Engku, dia dah boleh jadi bapa orang tau.”

    “Hahha aku cakap kat anak aku, kalau dah besar gi dating, ajak mama tau 😂😂.”

    “Habislaaaa habisslaaaa… 🤣🤣🤣 nahass … sakit perut bakal gf nak jumpa bakal mak mertua 😂😂😂😂.”

    Sekadar info, Raja Azura pernah berkahwin dengan anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 28 September 2010.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim, dan Puteri Maizura.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts