Siapa yang tidak mengenali dengan selebriti media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering mencuri perhatian peminat kerana selalu berkongsi videonya bersama suami dan anak di media sosial.
Nama Maryam dikenali ramai kerana telatahnya yang mencuit hati serta menghiburkan ramai orang. Maryam kini menetap terus di Malaysia selepas suaminya Ryzal memutuskan untuk menetap di sini, namun masih lagi mengajar anaknya dwi bahasa iaitu Hangul dan Bahasa Malaysia.
“Pandainya Rina, Telatah Dia Macam Orang Dewasa”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @oyounik yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 377 ribu, tanda suka sebanyak 21 ribu dan sebanyak 395 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Rina yang membuat solekkan untuk Maryam sambil membebel.
@uyounik
Rina ni suka betul la g2g pink. Sape nk cantik mcm rina? 🥰
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Rina sememangnya seorang kanak-kanak yang petah berkata-kata. Tambah mereka lagi, mereka kagum dengan dwi bahasa yang digunakan Rina ketika berbicara dengan kedua ibu bapanya itu.
Apa-apa pun, semoga Rina membesar menjadi anak solehah yang taat pada ibu dan bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?