Sharifah Sahirad binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Sharifah Shahirah merupakan pelakon, model, pelawak, pengacara dan penyampai radio di Malaysia. Beliau bermula sebagai aktres pada tahun 1993 selepas menamatkan zaman persekolahan serta mengikut jejak langkah kakaknya, Sharifah Haslinda atau Lynn yang lebih dahulu popular di kaca TV.
Shiera menjadi bidan terjun bersama kakaknya, Lynn ketika diberi peluang untuk mengacarakan siaran langsung Anugerah Media Hiburan 2002 di Angkasapuri pada Januari 2003 dan mendapat pujian ramai.
Sejak itu Shiera diberi peluang untuk mengacarakan pelbagai majlis-majlis anugerah di Malaysia serta sudah beberapa kali menjadi pengacara acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
“Akak Senang Nak Ambil Gambar”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @shieraijoy74 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 9,116 dan tanda suka sebanyak 318.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Sharifah Shahirah dan anak perempuannya sedang menjalankan penggambaran dengan memakai pakaian hari raya. Namun apa yang menarik perhatian adalah apabila Sharifah Shahirah memberitahu bahawa dirinya hanya diambil sebanyak 3 keping gambar sahaja.
“Aku tiga keping je, kau amik anak aku banyak eh?”-tanya Sharifah Shahirah
“Akak senang, tiga dah dapat apa yang kita nak”-jawab krew
@shieraijoy74 Eh oddah ada photoshoot raya
♬ original sound – Shieraijoy – Shieraijoy
Persoalan itu hanyalah gurauan semata-mata bagi memeriahkan lagi suasana di set penggambaran tersebut. Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Semoga kita bersedia membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan ramadan yang mulia ini.
Apa kata anda?