Mohd Shukri bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia yang hebat. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Setiap lakonannya pasti akan hidup tidak kiralah sama ada watak baik, jahat, gila, lembut dan sebagainya.
Drama 7 hari mencintaiku merupakan drama lakonannya yang menjadi fenomena. Tidak hanya di Malaysia, malah drama tersebut terkenal juga di Indonesia, Korea, China, Turkiye dan lain-lain.
“Seronok Tengok Shukri Yahaya Sporting Macam Ni”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ferrykarisma yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 210 ribu, tanda suka sebanyak 8,840 dan sebanyak 141 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Shukri Yahaya yang membuat kejutan dengan memberi hadiah kepada makeup artis yang selalu bekerja dengannya itu.
@ferrykarisma
Tak kann lah tidakk ekk🤣🫢 Tq so much anak jantan mak Shukriyahaya😉🤣🫢🫰🙏di murahkan rezeki buat mu aminnn#tiktokviral #tiktokmalaysia #tiktoker #tiktok #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #ferrykarisma #makeupbyferrykarisma
♬ original sound – 🖤Aarya Prem🇳🇵🖤 – 🖤Aarya Prem🇳🇵🖤
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak sangka Shukri Yahaya seorang yang peramah dan tidak sombong walaupun dengan krew ketika penggambaran. Tambah mereka lagi, mereka mengatakan bahawa beruntung apabila berkawan dengan orang yang tidak sombong walaupun mereka adalah selebriti terkenal.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?