Mohd Shukri bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia yang hebat. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Setiap lakonannya pasti akan hidup tidak kiralah sama ada watak baik, jahat, gila, lembut dan sebagainya.
Drama 7 hari mencintaiku merupakan drama lakonannya yang menjadi fenomena. Tidak hanya di Malaysia, malah drama tersebut terkenal juga di Indonesia, Korea, China, Turkiye dan lain-lain.
“Semua Benda Shukri Yahaya Ni buat Bila Dekat Set Penggambaran”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ferrykarisma yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 33 ribu, tanda suka sebanyak 665 dan sebanyak 16 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Shukri Yahaya yang membuat rambut jurusoleknya itu.
@ferrykarisma
kau adaa🤣🤣🤣🤣#tiktokviral #curangtanpaniat #tiktok #tiktokmalaysia #viral #takanlahtidakek #manjahhh #anakjantanmak #tiktokmalaysia
♬ ini macam pun boleh kerja ka dol – mohdsholihin007
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa gelagat Shukri Yahaya sangat random dan lucu.
Apa-apa pun, semoga Shukri Yahaya terus menghasilkan lakonan yang berkualiti buat industri seni tanah air. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?