Mohd Shukri bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia yang hebat. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Setiap lakonannya pasti akan hidup tidak kiralah sama ada watak baik, jahat, gila, lembut dan sebagainya.
Drama 7 hari mencintaiku merupakan drama lakonannya yang menjadi fenomena. Tidak hanya di Malaysia, malah drama tersebut terkenal juga di Indonesia, Korea, China, Turkiye dan lain-lain.
“Sampai Berguling Shukri Yahaya Gelak, Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @kaki_drama yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.8 juta, tanda suka sebanyak 47 ribu dan sebanyak 1,254 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Sharifah Sakinah yang sedang berlakon bersama Shukri Yahaya, kemudian dengan tidak sengaja beliau terjatuh dan mencarut sehingga membuatkan Shukri Yahaya tidak dapat menahan ketawa.
@kaki_drama
Replying to @mohdfariqq0 Termencarut pulak… 😆😆 #curangtanpaniat #syukriyahaya #mirafilzah #sakinah #kakidrama #dramasangatt #bakalviral
♬ original sound – Ceo kaki drama – Ceo kaki drama
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa perkara tersebut tidak dijangkakan berlaku namun ianya tetap lucu. Tambah mereka lagi, jika mereka berada di sana juga pasti akan gelak kuat seperti Shukri Yahaya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?