Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Siti Nurhaliza Baca Komen Peminat Buatkan Ramai Terhibur!-“Jangan Buat Konsert...

    [VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Baca Komen Peminat Buatkan Ramai Terhibur!-“Jangan Buat Konsert Banyak Sangat, Jenuh Nak Pujuk Suami”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Saya Pun Kadang-Kadang, Nak Tolak Permintaan Organizer Nanti Menghampakan Pula, So Nak Tak Nak Kena Buat Jugak Konsert”-Kata Tokti

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafantastic yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 18 ribu, tanda suka sebanyak 605 dan sebanyak 21 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang membaca komen dari peminat ketika beliau membuat live di aplikasi tiktok. Salah satu komen yang menarik perhatian Tokti adalah apabila peminat yang memberitahunya untuk tidak membuat banyak konsert kerana penat untuk memujuk suami membeli tiket.

    @sitinurhalizafantastic

    Gathering Jangan Lupa DS @Siti Nurhaliza Okeh👉🏻👈🏻 #tiktok #fyp #queen #sitinurhaliza #live #fypppppppppppppppppp #trendingviralvideo🌹♥️❣️💞💞💞 #trendingvideo2024♥️♥️fypシ #trendingvideo2024💯💯💯✅ #trendingvideo2024♥️♥️fyp #loveyouall💕

    ♬ original sound – SitiNurhalizaFans – SitiNurhalizaFans

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti sememangnya mendapat perhatian banyak dari organizer untuk mengatakan konsert bahkan sehingga tahun hadapan telah ditentukan juga.

    Apa-apa pun, semoga Tokti terus berkarya dan mewarnai industri seni tanah air. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,218FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts