Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Main Gelongsor Raih Perhatian!-“Ibu Yang Nak...

    [VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Main Gelongsor Raih Perhatian!-“Ibu Yang Nak Main Sebenarnya Kan?”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Yang Terlebih Seronok Tokti Ke Afwa Ni, Hahaha”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @toktitiktok_shop yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 55 ribu, tanda suka sebanyak 860 dan sebanyak 40 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang membawa anak-anaknya berhibur di taman permainan indoor. Tokti bersama anaknya iaitu Afwa yang bermain gelongsor bersama-sama tampak gembira dan membuatkan netizen teruja melihat reaksi Tokti itu.

    Rata-rata netizen meninggalkan komen yang lucu pada video berkenaan. Mereka bergurau dengan mengatakan bahawa sebenarnya Tokti yang ingin bermain permainan tersebut kerana tampak lebih nikmati dan seronok bermain di situ.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts