Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly Seoul from Kuala LumpurFly Seoul from Kuala Lumpur
Saturday, August 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly Seoul from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Siti Nurhaliza Berbagi ‘Harta’ kepada Peminat, Raih Perhatian Ramai-“Untunglah Yang...

    [VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Berbagi ‘Harta’ kepada Peminat, Raih Perhatian Ramai-“Untunglah Yang Dapat Tu”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Kalau AKu Dapat, Memang Aku Simpan”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @shieda2307 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 90 ribu, tanda suka sebanyak 3,366 dan sebanyak 410 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menjadi juri satu pertandingan nyanyian serta beliau membawa jajan lalu dikongsikan kepada peminatnya di situ.

    @shieda2307

    The Hardest Singing Show FINAL Pembahagian harta dati Tokti @Siti Nurhaliza 🤭😂😂 Sayang nak makan klau dr Kesayangan😅😅 #thehardestsingingshowfinal #sitinurhaliza #ctdk #ctdklovers #sitizoner #sitizoners #ohmedia #ohmediaviral #ohmediatrending @Oh! Media

    ♬ Funny – Gold-Tiger

    Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti memakan jajan tersebut apabila tiba waktu iklan. Tambah mereka lagi, pasti ramai yang ingin beli jajan tersebut sekiranya ianya dijual oleh Tokti. Peminatyang peroleh jajan tersebut mengatakan bahawa mereka sayang untuk memakannya dan mereka akan menyimpan sebagai kenangan.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,311FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts