Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Tu La Afiyah Nak Ikut Sangat, Last-Last Kena Dukung”-Netizen
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @toktitiktok_shop yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 154 ribu, tanda suka sebanyak 3,067 dan sebanyak 89 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang merakam bodyguardnya mendukung anaknya itu kerana keletihan berjalan lama.
@toktitiktok_shop
Aafiyah nak ikut ibu briskwalk 🫠
♬ nhạc nền – ththi102 – ththi102
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak senang untuk menjadi bodyguard penyanyi no.1 Malaysia ini. Tambah mereka lagi, jika anak-naka mahu ikut bersenam lebih baik sediakan stroller kerana mereka tidak akan tahan lama untuk berlari dan berjalan.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?