Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 9, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment Gelagat Siti Nurhaliza Kehabisan Gas Memasak Cetus Perhatian Ramai-“Saya Mahu Masak...

    [VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Kehabisan Gas Memasak Cetus Perhatian Ramai-“Saya Mahu Masak Berbuka Ni”

    -

    Shopee CNY Sale

    Penyanyi terkenal negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana semua orang pasti kenal beliau. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih relevan hingga kini, malah setiap lagu yang beliau hasilkan mendapat sambutan hangat!

    Baru-baru ini, pengikut kelihatan lebih kerap melihat Tokti membuat siaran langsung di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika sedang dalam perjalanan. Selain itu, sejak anak-anaknya semakin besar, Tokti sering meluangkan masa bersama mereka jika tidak ada jadual kerja pada hari tersebut.

    “Boleh Tolong Tak, Gas Saya Dah Habis”-Tokti

    Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner telah menjadi tular dan menarik perhatian ramai. Video tersebut kini telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 1 juta, tanda suka sebanyak 47 ribu dan 1,197 komen.

    Dalam video tersebut, Tokti sedang memasak dan menelefon seseorang yang dikenali sebagai Sulaiman untuk meminta bantuan menghantar gas memasak ke rumahnya.

    “Assalamualaikum, Sulaiman boleh tolong tak gas saya dah habis, kedai gas takmau hantar kerana hujan”-Tokti

    @sitizoner

    #fyp

    ♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

    Ramai netizen terhibur dengan video tersebut. Mereka berkata bahawa mana ada kedai yang sanggup tidak menghantar gas ke rumah penyanyi terkenal itu disebabkan hujan. Ada juga yang berjoke untuk memulakan perniagaan gas berdekatan dengan rumah Tokti.

    Bagaimanapun, itu hanya gurauan netizen. Semoga kita semua dilimpahi rezeki yang melimpah dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

    Bagaimana pendapat anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,180FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts