Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Siti Nurhaliza Menyakat Afwa Raih Perhatian Netizen!-“Cepatlah Adik, Sekali Lagi”

    [VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyakat Afwa Raih Perhatian Netizen!-“Cepatlah Adik, Sekali Lagi”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Geramnya Lah Dengan Telatah Afwa Ni, Pipi Gebu Gebas”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ctaini77 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 181 ribu, tanda suka sebanyak 6,055 dan sebanyak 92 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menyuruh Afwa untuk bercakap ‘Sayang Ibu’ banyak kali.

    @ctaini77

    💥✨ Sayang Afwa.. 😂✨💥 ______ 🌹Sesiapa nak order Produk CTDK HOLDINGS (Simplysiti & Beausiti dengan HARGA Diskaun), jom dapatkan dari saya, Agent sah / Sitizen HQ dari CTDK Holdings.. contact 0192195015 utk order.. ✨💥 🌹🌷💥 #SitizenHQCTDKHoldings #SayaJualSimplysiti #SayaJualBeausiti #BSD00115 #SitizenSZ1027 #CTDKHoldings🌹 #SITIZEN #SIMPLYSITI #BEAUSITI #ctdk #ctnurhaliza #sitinurhaliza #datositinurhaliza #AafiyahAnakIbu #sitizoner #sitizoners #SimplysitiProdukHalal #BeausitiProdukHalal #PosSeluruhMalaysia

    ♬ bunyi asal – Sitizen HQ CTDK HOLDINGS – Sitizen HQ CTDK HOLDINGS

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Afwa sememangnya seorang kanak-kanak yang lucu dan comel. Tambah mereka  lagi, Tokti gemar menyakat Afwa kerana dia adalah satu-satunya anak lelaki intan payung yang dimilikinya.

    Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak soleh yang taat kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts