Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Giliran Ibu Pula Nak Menyakat Afwa”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 45 ribu, tanda suka sebanyak 1,335 dan sebanyak 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang bersama anak lelakinya iaitu Afwa. Namun yang menarik perhatian adalah apabila Tokti cuba untuk mengusik Afwa dengan meniru gayanya yang tular akibat merajuk itu.
@sitizoner
Membalas kepada @farahinsabri 🍉 #fyp
♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa anak nombor dua pasti berbeza sedikit telatah dengan anak pertama.
Apa-apa pun, semoga Afwa menjadi anak soleh yang taat kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?