Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Siti Nurhaliza Minta Untuk Bergambar Dengan Noorkumalasari, Raih Perhatian Ramai!

    [VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Minta Untuk Bergambar Dengan Noorkumalasari, Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Saya Suka Primadona Jelita Terunggul Sepanjang Zaman Diva Noorkumalasari”-Netizen

    Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @kick_kapoor8989 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta, tanda suka sebanyak 56 ribu dan sebanyak 1,011 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang terserempak dengan seniwati Noorkumalasari di sebuah pasaraya, kemudian Tokti meminta sendiri untuk bergambar dengan beliau kerana Tokti amat meminatinya itu.

    @kick_kapoor8989

    Comel dua dua legend berjumpa… terjumpa pulak kt pasaraya .. hahaha #fyp #fypシ #masukberanda @Siti Nurhaliza

    ♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti kelihatan sangat teruja apabila berjumpa dengan seniwati tersebut. Tambah mereka lagi, mereka masih mengingat filem-filem lakonan seniwati Noorkumalasari sehingga ke hari ini.

    Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts