Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Dia Layan Je Versi Apa YangPeminat Nak, Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @one_riezan yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 28 ribu, tanda suka sebanyak 1,483 dan sebanyak 22 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang diminta untuk menyanyikan lagu Selamat hari Lahir untuk peminatnya yang menyambut pada bulan Ogos ini, namun yang menarik perhatian adalah apabila Tokti diminta menyanyikan dengan versi dangdut.
@one_riezan
Tokti belanja lagu befday untuk setahun versi dangdut.. #konsertcintadiawan #sitinurhaliza
♬ original sound – Muhammad Shahrizan – Muhammad Shahrizan
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Toktio sememangnya serba boleh dalam pelbagaikan versi nyanyiannya itu. Tambah mereka lagi, Tokti kelihatan seronok melayan karenah peminatnya ketika menghadiri konsertnya itu.
Apa-apa pun, semoga Tokti akan terus menghiasi industri seni tanah air dengan karya-karyanya yang berkualiti. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?