Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Siti Nurhaliza Reunion Dengan Rossa, Raih Perhatian Ramai!-“Tolonglah Buat Konsert...

    [VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Reunion Dengan Rossa, Raih Perhatian Ramai!-“Tolonglah Buat Konsert Duo”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Yang Berpelukan Mereka Berdua, Aku Pulak Duk Senyum Sesorang”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 262 ribu, tanda suka sebanyak 8,155 dan sebanyak 114 komen.

    Di dalam video tersebut, memaparkan Rossa dan Tokti yang saling berpelukkan kerana telah lama tidak bertemu disebabkan kesibukkan jadul bekerja masing-masing. Di dalam video berkenaan, juga memaparkan mereka berdua saling merindui satu sama lain.

    @sitizoner

    #fyp

    ♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka sangat gemar melihat Tokti yang akrab dengan kesemua penyanyi tidak kira di dalam atau luar negara. Tambah mereka lagi, mereka mahukan Tokti dan Rossa membuat konsert duo dan pasti ianya akan mendapat sambutan ramai.

    Apa-apa pun, semoga hubungan mereka semakin akrab dan dipanjangkan usia. Semoga kita semua juga diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts