Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Sultan Pahang & Tunku Azizah Menyanyi, Cetus Perhatian Ramai!-“Terbaiklah, Siap...

    [VIDEO] Gelagat Sultan Pahang & Tunku Azizah Menyanyi, Cetus Perhatian Ramai!-“Terbaiklah, Siap Hulur Mic Tu”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke Negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.

    Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.

    “Tuanku Mesti Minat Aming Spring Sebab Semua Event Beliau Bawa Lagu Ni”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @pahangpostnow yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 108 ribu, tanda suka sebanyak 5,042 dan sebanyak 195 komen.

    Di dalam video tersebut, memaparkan Tunku Azizah dan Sultan Pahang yang menyanyi bagi menghiburkan rakyat yang hadir disitu.

    @pahangpostnow

    Tuanku berduet menyanyi lagu favourite. “Mega Picnic” sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun MRSM di Taman Gelora Kuantan. Daulat Tuanku @Tengku Ampuan Pahang

    ♬ original sound – Pahang Post – Pahang Post

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. mereka juga mengatakan bahawa Sultan Pahang pasti suka dengan lagu tersebut kerana sering menyanyi pada setiap acara yang dihadirinya itu. Tambah mereka lagi, Sultan Pahang dan keluarganya sangat dihormati dan disukai ramai kerana sering beramah mesra dengan rakyat sehingga membuatkan mereka merasa selesa dengan kehadiran keluarga diraja Pahang.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts