Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Syatilla Melvin Berebut Kerusi, Raih Perhatian Netizen!-“Dia Mana Boleh Kalah,...

    [VIDEO] Gelagat Syatilla Melvin Berebut Kerusi, Raih Perhatian Netizen!-“Dia Mana Boleh Kalah, Tambah Pula Dengan Syifa”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

    Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.

    Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.

    “Hahaha, Syifa Dengan Tilla Memang Tak Boleh Dua-Dua Ni, Patut Kerat Dua Kerusi Tu”_Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @bungapurplee yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 176 ribu, tanda suka sebanyak 3,305 dan sebanyak 47 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang bermain permainan kerusi muzik bersama adik beradiknya, namun apabila peringkat terakhir Syatilla Melvin kelihatan tidak mahu kalah dalam permainan tersebut sehingga membuatkan suasana menjadi kecoh apabila melihat telatahnya itu.

    @bungapurplee

    #fypシ #fyp #themelvins #themelvinlive #kekasih

    ♬ Sahabat Tak Akan Pergi – Betrand Peto Putra Onsu & Anneth

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Syatilla dengan Syifa tidak boleh bersama kerana pasti akan berlaku kejadian yang tak dijangka.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    ALSO READ:  Kongsi Aktiviti Seharian Di Instagram, Ini Komen Nedim Buat Nora Danish

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts