Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Syatilla Melvin Beri Baju Untuk Followers, Tapi Adik-Beradik Pula Yang...

    [VIDEO] Gelagat Syatilla Melvin Beri Baju Untuk Followers, Tapi Adik-Beradik Pula Yang Berebut Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

    Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.

    Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.

    “Aku Takmau Bagi Kat Hampa”-Syatilla Melvin

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cikfarahinalimin yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 44 ribu, dan tanda suka sebanyak 889.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin dan adiknya Syida sedang menunjukkan baju yang akan diberikan buat pengikut media sosial mereka sekiranya membeli produk mereka itu.

    “Tapi muat laa ni”-Kata Syida

    “Diam, aku takmau bagi dekat hampa.. baju aku semua lawa, bila aku nak bagi dekat aku punya followers, yang ni nak yang tu nak tapi aku takkan bagi”-Kata Syatilla Melvin

    @cikfarahinalimin

    bila tilla nak bagi baju pada followers..adek2 pulak nak 😝🤣🤣#themelvinslive

    ♬ original sound – FARA| Kosmetik Murah – FARA| Kosmetik Murah

    Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Syatilla Melvin itu. Mereka juga mengatakan bahawa perangai adik beradik Syatilla Melvin sememangnya sangat lucu.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    ALSO READ:  Lisa Surihani Mahu Kurus, Akui Lebih Senang Untuk Beribadah Dengan Lebih Sempurna

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts