Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Anak No.2 Memang Tak Boleh Duduk Diam, Ade Je Perangainya”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu vidoe yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @bonnorhidayah yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 35 ribu, tanda suka sebanyak 1,769 dan sebanyak 18 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla M elvin yangs edang membuat Live di tiktok sambil memasang lagu raya, kemudian dengan tidak semena-semena dia menari dan terhibur dengan tariannya itu.
@bonnorhidayah #syatillamelvin #themelvinslive #kekasihthemelvins
♬ original sound – BonNor Hidayah – BonNor Hidayah
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Syatilla Melvin sememangnya seorang yang lucu dan kehadirannya akan memeriahkan suasana.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?