Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Adoi Perangai Laki Bini Ni Memang Masuk Air Betul, Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anis.pana yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, tanda suka sebanyak 32 ribu dan sebanyak 119 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Shaheizy Sam yang menanyakan dimana letaknya serbuk kari, namun jawapan dari Syatilla Melvin buatkan ramai Terhibur.
Serbuk kari | Shaheizy Sam | TikTok
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Syatilla Melvin tidak tahu dimana letaknya serbuk kari tersebut kerana dia jarang memasak.
Tambahan pula netizen juga mengerti apabila mempunyai pembantu rumah sememangnya alat dapur jarang diketahui dimana.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?