Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Syeriv & Sarima Pertama Kali Lihat Kaabah, Netizen Terharu!-“Budak-Budak Pun...

    [VIDEO] Gelagat Syeriv & Sarima Pertama Kali Lihat Kaabah, Netizen Terharu!-“Budak-Budak Pun Teruja…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian terkini pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin ketika dia dan suaminya, Shaheizy Sam serta dua anak mereka, Syeriv dan Sarima ketika mereka berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah mencuri perhatian netizen di media sosial.

    Syatilla, menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan gelagat Syeriv dan Sarima yang teruja ketika pertama kali melihat Kaabah.

    Kongsi Tilla, anak-anaknya itu sebelum ini hanya melihat Kaabah secara langsung di kaca televisyen, yang membuatkan mereka terlalu teruja kerana dapat melihat di depan mata.

    “Mata anak-anak memandang Kaabah untuk pertama kali. Allahu. Tak sangka sungguh. Selalu diorang tengok live dekat tv, itu yang excited sangat tu.”-kapsyen Tilla di TikTok

    @samtilla82

    Mata anak2 memandang kaabah utk pertama kali😍 allahu.. xsangka sungguh.. selalu diorg tgok live dekat tv, itu yg excited sgt tu❤️

    ♬ Sad to Inspiring – Kyrylo Zaplotynskyi

    “Budak-Budak Pun Senyum Dan Teruja Tengok Kaabah…”

    Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat reaksi teruja oleh Syeriv dan Sarima, malah ramai yang menitipkan doa agar mereka juga diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

    “Anak-anak saya, hari-hari ajak pergi Mekah nak tengok Kaabah. Tapi itu laa kami belum mampu.”

    “Doakan ada rezeki bawa anak-anak.”

    “Betul. Jangan kata budak-budak, kita yang tua ni terus terpegun.”

    “Kami menangis tengok reaction mereka 😭.”

    “Budak-budak pun senyum & excited tengok Kaabah, apatah lagi kita 🥺😭.”

    “Kaabah ada depan mata perasaan tu tak tahu nak cerita macam mana. Hari-hari mesti solat depan Kaabah tak nak lepaskan peluang seolah-olah Allah tu ada kat depan.”

    Sekadar info, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy

    ALSO READ:  Mark Adam Kongsi Pengalaman Anak Angkat Diambil Ibu Kandung, Isteri Trauma Selepas Kejadian Tersebut

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts