Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Tok Ram Bersembang Dengan Baby, Cetus Perhatian-“Peramah Pulak Bila Dengan...

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Bersembang Dengan Baby, Cetus Perhatian-“Peramah Pulak Bila Dengan Daddy!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Dato Ramli Ms atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram, yang merupakan orang kuat di dalam industri muzik tanah air. Tokram dilahirkan di Singapura pada 17 November 1958 kemudian beliau menukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989.

    Walaupun beliau tidak berpendidikan tinggi, namun pengalamannya dalam bidang muzik sudah cukup untuk melayakkannya digelar bapa muzik kerana beliau berbakat sebagai pemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon dan lain-lain.

    Pernah berkahwin dengan Jennifer Thompson pada tahun 1988 sehingga 1999 serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli.

    “Anak Kalau Kerap Bersembang Dengan Ayah, Cepat Boleh Bercakap & Otak Cerdas”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @dato.ramli.ms yang peroleh perhatian ramai. Video yang dikongsikan oleh peminatnya itu, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.7 juta, tanda suka sebanyak 101 ribu dan sebanyak 2,951.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tok Ram yang sedang bercakap dengan anaknya itu yang diberi nama Nur Izzara.

    @dato.ramli.ms

    Mashaallah🥰 Semoga membesar dengan baik❤️ #datoramlims #ramlims #datinalyah #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #masukberanda #masukfyp

    ♬ Anta Syamsun (Ya Nabi Salam ‘alaika) – Ai Khodijah Official

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tumpang gembira dengan kehadiran malaikat kecil dalam kehidupan Tok Ram dan Datin Alyah itu. Tambah mereka lagi, mereka juga mengharapkan dengan kehadiran Nur Izzara akan merapatkan lagi hubungan suami isteri antara mereka dan menjadi sebuah keluarga yang bahagia.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts