Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Wany Hasrita & Anak Perempuannya Raih Perhatian Ramai!-“Sama Betul Dengan...

    [VIDEO] Gelagat Wany Hasrita & Anak Perempuannya Raih Perhatian Ramai!-“Sama Betul Dengan Muka Mak!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau lebih dikenali sebagai Wany Hasrita yang merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, “Menahan Rindu” sehingga melayakkannya untuk memasuki peringkat akhir Anugerah juara Lagu yang ke-32.

    Pada tahun 2018, beliau telah memenangi Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31. Beliau juga antara selebriti tanah air yang turut terlibat dalam perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia (TGR Festival) yang bersaing dalam kelas promosi bagi musim ke-2 hingga musim ke-5.

    “Wany Wajah Sama Dengan Suami Dah Macam Adik Beradik, Anak Pun Wajah Sama Macam Adik Bongsu”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @wanyhasrita.fc yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kinimeraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 60 ribu dan sebanyak 320 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Wany Hasrita yang mengagah anak perempuannya, Aishah Al Iman sehinggakan dia ketawa serta kelihatan manis.

    @wanyhasrita.fc

    Alah Aishah Comeinyerrr 🥹 #wanyhasrita #aishahaliman #adibwany #fyp #fypシ

    ♬ Cinta Hatiku – Wany Hasrita

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa wajah anaknya itu sama sepertinya. Tambah mereka lagi, mereka suka melhat kebahagiaan yang terpampar di wajah Wany Hasrita setelah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts