Umum mengetahui, penyanyi Wany Hasrita dikurniakan seorang cahaya mata perempuan selepas mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022.
Baru-baru ini, Wany menerusi video yang dimuatnaik di TikTok dilihat berkongsi momennya bersama puteri sulungnya, Aishah Al-Iman yang kini berusia 1 tahun 6 bulan.
“1 Jan 2025, kita up ootd balik Kuching jumpa bapak lah. ❤️
Aishah Al Iman – 1 tahun 6 bulan. 🥺❤️.”-Kapsyen Wany Hasrita di Instagram
View this post on Instagram
“Eh Kejapnya Dah Besar…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat gelagat Wany dan Aishah, malah ada yang sempat berseloroh menyifatkan pelakon ini umpama kakak bersama adik.
“Sebijik muka ayah dia.”
“Pehh tau-tau dah besar eh anak Wany.”
“Macam kakak dan adik.”
“Besar dah anak Wany, comel pulak tu.”
“Pejam celik pejam celik dah besar je Aishah dah pandai main dengan mommy dia.”
“Dia tahu tak dia tu anak penyanyi Famous tu.”
“Ibu ke Aishah yang excited nak jumpa bapak 🤣.”
“Aisyah perangai ibu 😂 comel je ❤️.”
“Eh kejapnya dah besar. Rasa macam baru je visit Aisyah masa baby 😂.”
Sekadar info, Wany Hasrita mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aishah Al Iman yang kini berusia 1 tahun 6 bulan.
Apa komen anda?