Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment Gelagat Zain Saidin & Che Ta Raih Perhatian-“Orang Lain Payung Bini...

    [VIDEO] Gelagat Zain Saidin & Che Ta Raih Perhatian-“Orang Lain Payung Bini Bila Hujan, Tapi Dia Payung…”

    -

    Shopee CNY Sale

    Siapa yang tidak kenal dengan Mohamad Zain Mohd Saidin atau lebih dikenali sebagai Zain Saidin yang merupakan seorang pelakon dan model di Malaysia. Beliau merupakan adik bongsu kepada Sasha Elite dan berdarah campuran Melayu–Inggeris.

    Zain Saidin telah berlakon beberapa buah drama antaranya Kiah Pekasam, Awan Dania 3 dan yang terbaru ialah Gemersik Kalbu. Beliau juga berlakon dalam siri Oh My English! di saluran Astro TVIQ, di mana beliau memainkan watak sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dari United Kingdom.

    Zain Saidin telah berkahwin dengan pelakon Rozita Che Wan pada 13 Disember 2013. Pasangan itu mempunyai anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini telatahnya meraih perhatian ramai di laman media sosial.

    “You Tak Tengok Lagi Bini You Meletup”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milk Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 458 ribu, tanda suka sebanyak7125 dan hampir 50 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Zain Saidin yang sedang memayungi televisyen kerana hujan akan tetapi tidak memayung Che Ta yang berada di belakangnya itu.

    “Heyy you ingat bini you murah ke? lagi mahal dari tv tau”-kata Che Ta

    “Tv boleh meletup, bini tak boleh meletup”-jawab Zain Saidin

    “Heyy you tak tengok lagi bini you meletup”

    @

    ♬ –

    Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan selebriti itu. Mereka juga mengatakan bahawa Che Ta sangat menghormati suaminya tapi dalam masa yang sama sangat tegas orangnya.

    VIA TIKTOK

    Apa -apa pun, semoga pasangan selebriti ini kekal dan bahagia serta saling sayang satu sama lain. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Che Ta Raih Perhatian Ramai-“Kami Takda Bajet Nak Sewa Lori, Jadi Kena Baring!”

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts