Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelagat Zain Saidin Teman Che Ta Beli Kain, Raih Perhatian Ramai!-“Nampaklah...

    [VIDEO] Gelagat Zain Saidin Teman Che Ta Beli Kain, Raih Perhatian Ramai!-“Nampaklah Muka Terpaksa Ikut Tu”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

    Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

    “Lesen Pun Takda, Ada Hati nak Motor”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 152 ribu, tanda suka sebanyak 3,757 dan sebanyak 136 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Zain Saidin yang mengikut Che Ta untuk membeli kain bagi membuat baju raya tambahan. Namun di sebelah kedai kain tersebut terdapat kedai motorsikal dan Zain Saidin tampak teruja melihat motor yang ada di situ.

    “You pergi masuk kedai kain dulu, i nak tengok motor kat sini”-kata Zain Saidin

    “Sayang, nak motor macam mana? lesen pun takde”-kata Che Ta

    @rozitachewan1

    1st time dlm masa 11 thn depa ikut kami mai beli kain … memang ciqit la🤣🤣🤣🤣🤣 bebai tok sah dok kata laaaaaaa.. biaq p kt depa, janji kita sesah depa🤣🤣🤣🤣🤣 . #cheta #zain #rcw #zsrcw #rozitachewan

    ♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

    Rata-rata ramai yang terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan, muka Zain Saidin menunjukkannya sangat bosan apabila terpaksa teman isteri untuk membeli kain untuk dibuat baju mereka sekeluarga.

    ALSO READ:  “REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Premier Dunia Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

    Apa-apa pun, itu hanyalah gurauan suami isteri sahaja. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts