Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Gelaran Che Puan Tak Halang Sarimah Ibrahim Kembali Aktif Dalam Dunia...

    [VIDEO] Gelaran Che Puan Tak Halang Sarimah Ibrahim Kembali Aktif Dalam Dunia Hiburan – ‘Kita Kena Ingat Asal Usul Kita’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan pengacara iaitu Che Puan Sarimah mendedahkan status sebagai seorang isteri kepada kerabat diraja tidak menghalang untuknya kembali berlakon dan aktif dalam dunia hiburan.

    ‘Jangan lupa permulaan kita’

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Sarimah berkata sebagai seorang manusia, perlulah sentiasa mengamalkan sikap rendah diri dan ingat asal usul mereka sebelum mengecapi kejayaan yang sedia ada.

    Kita perlu jadi diri kita yang sebenar dan kalau kita jadi ‘fake’ orang tetap akan tahu.

    Tak kisahlah kita ini berstatus apa, duit banyak ke tidak, kahwin dengan siapa sekalipun kita perlu sentiasa ‘humble’.

    Dunia hiburan ini adalah permulaan kepada perjalanan karier saya, jadi sebagai seorang selebriti kita jangan lupa asal usul kita sebab bila kita lupa, dari situlah akan timbulnya ego.

    Menurut Sarimah, dia mengambil keputusan untuk kembali aktif kerana minatnya yang mendalam dalam industri hiburan.

    Saya dah lama sangat tak keluar di kaca televisyen dan asyik duduk rumah saja. Saya jenis seorang yang tak boleh duduk rumah sahaja goyang kaki.

    Pada 1996 karier saya bermula dengan minat, saya pergi uji bakat dengan tanpa adanya media sosial.

    Saya rasa, ‘passion’ dan minat terhadap industri hiburan itu akan ada dalam diri sampai bila-bila.

    Sekadar info, Sarimah telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang merupakan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 pada 2 April 2015.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tunku Sofia Najihah.

    Untuk makluman, Sarimah kini memegang watak sebagai Syarifah Qaidah dalam drama ‘Lelaki Itu’ yang telah menemui penonton di Slot Samarinda TV3 bermula 19 Mac lalu dan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 malam.

    ALSO READ:  Penerbit Hadith Omar Perli Kenyataan Ruhainies Tak Pandai Nangis Depan Kamera – ‘Tak Payah Jadi Pelakon, Duduk Rumah’

    Selain Sarimah, drama ‘Lelaki Itu’ turut menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Datuk Adi Putra, Nabila Huda, Fazura, Hannah Delisha, Nadia Brian, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

    Video

    @melodiberapi Walaupun berstatus Che Puan beliau tetap mahu berlakon, kerana minat yang mendalam dalam bidang ini. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #fyp??viral?tiktok #panas #sarimahibrahim #chepuansarimahibrahim ? original sound – Melodi tv3

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts