Biarpun sudah genap tiga tahun sebutir permata seni iaitu penyanyi Siti Sarah pulang ke Negeri abadi, namun kehilangan Allahyarham masih dirasai hingga hari ini.
Masih dirasai…
Perasaan rindu itu juga masih menyelubungi keluarga arwah terutama ayahnya Raisuddin Hamzah.
Menerusi perkongsian di TikTok isteri kepada Raisuddin yang dikenali sebagai Makder, mereka dilihat menziarahi pusara arwah untuk mengubati kerinduan.
Genap tiga tahun pemergian mu Siti. Rasa sayu pedih masih terasa hingga ke saat ini.
Rindu you Siti Sarah Raisuddin.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut mengatakan hal sama yang mana mereka juga masih terasa kehilangan pelantun lagu Saat Hilang Cintamu itu.
Kongsi wargamaya, ibaratnya baru semalam arwah pergi menghadap Ilahi dan akui sedih meskipun tiada ikatan keluarga.
Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak popular Shuib pada 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Shuib kemudian berkahwin dengan usahawan Watie Hanifiah pada 23 Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang diraikan di Putra Glass House, Putra Height.
Video
@suciuwais Genap 3 tahun kepergian mu siti . Rasa sayu pedih masih terasa hingga ke saat ini. Miss u siti sarah raissuddin #abah #raissuddin #sitisarahraissuddin #makder #fyp ? Kamu Dan Kenangan – liriiklagu