Nama Hael Husaini tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Hael lebih dikenali selepas dia menyertai satu pertandingan astro iaitu Akademi Fantasia.
Selepas tamat program tersebut,, rezeki Hael di dalam bidang nyanyian terus mencanak selepas dia memenangi Anugerah Juara Lagu yang ke-32 menerusi lagu Jampi.
Kini Hael sering tampil dengan fesyen-fesyen dari korea, dari rambut sehingga pakaiannya sering disamakan dengan artis-artis korea. Hael juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali melakukan persembahan, malah dari hujung rambut sehingga hujung kaki begitu dijaga rapi.
“Try Hard Sangat, Cuba Rilek Sikit Masa Bergambar Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rocketfuellent yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 13 ribu, tanda suka sebanyak 400 dan sebanyak 39 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Hael Husaini yang tiba di Milan untuk menghadiri pertunjukkan fesyen disana.
@rocketfuelent Ketibaan @haelhusaini di @milanfashionweek untuk show @emporioarmani 😍 📸 @parisvideostars #HH #HaelHusaini #RFE #RocketfuelEntertainment @Hael Husaini
♬ original sound – Rocketfuel Entertainment – Rocketfuel Entertainment
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Hael Husaini kelihatan seperti artis antarabangsa apabila berada di sana. Ada juga sesetengah dari netizen yang tidak senang dengan keberadaannya di sana, sehingga meninggalkan komen yang tidak sewajarnya pada video tersebut.
Apa-apa pun, rezeki manusia tidak ada yang tahu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?