Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hael Husaini Lancar MV Kejora, Taruhan Terbaru Dalam Antonim Part I

    [VIDEO] Hael Husaini Lancar MV Kejora, Taruhan Terbaru Dalam Antonim Part I

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

     Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini yang merupakan artis yang bernaung di bawah syarikat label Rocketfuel Entertainment dengan bangganya mempersembahkan single ketiganya dari album Antonim Part 1 yang berjudul Kejora. Video muzik eksklusif ini lagu Kejora ini akan ditayangkan pada 9 Ogos 2024 jam 9 malam di saluran YouTube rasmi Hael Husaini.

    Dalam video muzik ini, Hael Husaini bergandingan dengan Qasrina Karim, yang juga merupakan pasangan beliau dalam drama popular My Famous Ex-Boyfriend. Video muzik ini dihasilkan oleh Rocketfuel Studios dan penggambaran telah dijalankan selama satu hari di Shah Alam. Proses penggambaran yang intensif ini berjaya menghasilkan visual yang memukau dan penuh emosi di samping menggambarkan jalan cerita yang menyentuh hati.

    Apa yang membezakan video muzik Kejora adalah konsep dan arahan kreatifnya yang memaparkan Qasrina Karim dalam sisi berbeza. Berbeza dengan wataknya dalam drama dan penampilannya di media sosial, Qasrina mempamerkan kemahiran menarinya yang jarang dilihat oleh peminat. Koreografi yang dihasilkan khas untuk video muzik ini memperlihatkan kebolehan Qasrina dalam menari, sekaligus menambahkan dimensi baru kepada lakonannya.

    Lagu Kejora adalah hasil ciptaan Hael Husaini bersama dua komposer berbakat, Firdaus Rahmat dan Hanis Rafi. Lagu ini menceritakan tentang kesetiaan dan pengorbanan dalam cinta, dengan melodi yang merdu dan lirik yang mendalam. Hael Husaini, yang terkenal dengan kebolehan vokalnya yang luar biasa, sekali lagi membuktikan kepakarannya dalam menghasilkan karya muzik yang berkualiti tinggi.

    Album Antonim Part 1 oleh Hael Husaini telah dilancarkan pada Januari 2024 dan boleh distrim di semua platform penstriman digital. Album ini telah mendapat sambutan yang luar biasa, dengan lebih daripada 3 juta penstriman di Spotify setakat ini. Setiap lagu dalam album ini mencerminkan kepelbagaian emosi dan pengalaman hidup, menjadikannya sebuah karya seni yang lengkap dan memuaskan.

    ALSO READ:  [REVIEW] Paku Tanah Jawa: Kisah Primadona Kampung Yang Dianggap Sundal

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan video muzik Kejora pada 9 Ogos 2024 di saluran YouTube Hael Husaini. Anda juga boleh terus strim terus lagu Kejora dan album Antonim Part I di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta berpeluang menghasilkan kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels menggunakan lagu ini.

    YouTube videoYouTube video

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts