Nama pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad sekali lagi menyorot perhatian wargamaya apabila dia memberikan duit raya sebanyak RM10,000 kepada isterinya, Syafiqah Aina.
RM10,000 duit raya
Menerusi perkongsian di Instagram, Aina meluahkan rasa syukur apabila memperoleh sejumlah duit raya yang banyak daripada suami tercinta.
Terima kasih sayang bagi duit raya, semoga dilimpahkan-limpahkan lagi rezeki.
Tidak mengharapkan sebarang balasan, Hafiz berkata dia hanya meminta isterinya mendoakan kejayaan untuknya dan rezekinya diperluas.
Insya-Allah, doakan rezeki abang supaya dapat senangkan dan mewahkan awak.
Selain Aina, bapa kepada dua cahaya mata itu turut memberikan duit raya dengan jumlah yang sama kepada kedua ibu bapanya.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji sikap Hafiz yang sentiasa mengutamakan keluarganya.
Video
View this post on Instagram