Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad menghadiahkan salah seorang pekerjanya pakej menunaikan rukun Islam yang kelima.
Kongsi rezeki
@hafizmahamad Lihatlah reaction dia MasyaAllah ? Ya Allah, ini yg saya cita citakan dari dulu. Doakan perniagaan kami disana ya bang. Part 1 : @Hafiz Mahamad
? original sound – Hafiz Mahamad – Hafiz Mahamad
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Hafiz atau nama penuhnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad sempat merakam momen ketika dia memaklumkan tentang perkara tersebut kepada stafnya.
Difahamkan Hafiz memberitahu pekerjanya itu lebih awal untuk menguruskan visa haji.
Tempat dia bekerja hanyalah di stor. Dia bekerja dengan saya dari zaman saya berniaga booth lagi. Sekarang dia la yang uruskan stock.
Dia kata dia tak daftar haji dan kos untuk menunaikan haji mahal.
Tidak mampu menahan sebak, lelaki tersebut kemudian dilihat menangis dan berterima kasih kepada Hafiz dan isterinya, Syafiqah Aina.
Dulu waktu saya bekerja, saya selalu fikir adakah mereka yang berpangkat dan ada pendidikan tinggi sahajakah yang layak?
Saya beritahu dia, cita-cita saya yang pertama sudah tercapai, bawa semua staf ke umrah. Saya takkan berhenti untuk berusaha bawa orang ke bumi Allah lagi.
Ini cita-cita yang seterusnya, untuk bawa mereka ke haji.
Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya mereka memperoleh berita baik apabila visa haji telah diluluskan.
Saya nak berterima kasih kepada abang kerana bersama Ainaa sepanjang tujuh tahun ini.
Menurut usahawan berusia 31 tahun itu, segala kos menunaikan ibadah haji pekerjanya tersebut akan ditanggung olehnya dan bakal berangkat ke Tanah Suci pada 12 Jun ini.