Usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad tampil bersuara selepas video yang memaparkan dia membantu kakitangannya untuk mencium Hajarul Aswad ketika menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah mendapat kritikan ramai sehingga memaksanya untuk kembali menurunkan video berkenaan.
Terkini menerusi hantaran di Instagram, Hafiz menjelaskan bahawa dia terpaksa menurunkan video tersebut untuk mengelakkan ramai bertelagah memberikan pandangan.
“Untuk pandangan yang baik, maaf kerana saya take out video tu supaya tidak kita bertelagah pada pandangan selain itu. Pada pandangan sebaliknya, terima kerana berkongsi ilmu pada saya hamba yang lemah ini. InsyaAllah kita terus bersahabat.”-jelas Hafiz
Menjadi Tetamu Allah Lebih Dari 7 Kali
Tidak berniat untuk bersikap takbur, Hafiz menitipkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah sebanyak lebih dari tujuh kali.
“Niat saya sebenarnya yang pertama adalah, saya beritahu ini bukanlah kerana untuk riak ataupun takbur. Tapi Alhamdulillah Allah jemput ke sini lebih daripada 7 kali dan dalam lebih dari 7 kali saya sampai ke sini semuanya dengan team. Setiap tahun saya akan bawa staf saya, team saya bukan orang senang.”-tambah Hafiz lagi
Mohon Maaf
Suami kepada Syafiqa Aina ini turut membuat permohonan maaf di atas video kenangannya di Mekah itu telah mewujudkan pelbagai persepsi oleh semua pihak.
“Saya mohon maaf video kenangan saya itu mewujudkan banyak persepsi kepada sahabat-sahabat semua. Sebenarnya video tu adalah bila saya share dia ada satu kenangan untuk team saya.”-kata Hafiz
View this post on Instagram
Apa komen anda?