Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Hafiz Roshdi Puas Hati Shuhada Tarik Balik Kes Pukul – ‘Saya...

    [VIDEO] Hafiz Roshdi Puas Hati Shuhada Tarik Balik Kes Pukul – ‘Saya Rasa Ini Berita Sangat Menggembirakan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selepas mendapat keputusan bahawa kes dakwaan memukul bekas isteri telah ditarik semula, pelakon Hafidz Roshdi kini berasa lebih tenang.

    Ucap rasa syukur

    Ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majisteret Kuala Kubu Bharu, Hafidz berkata dia berasa berpuas hati dengan keputusan bekas Isterinya, Nurul Shuhada Mat Syukri.

    Alhamdulillah, saya rasa sangat berpuas hati.

    Saya rasa ini berita yang sangat menggembirakan saya. Saya harap berita ini dapat membuka mata orang di luar sana, yang kami sudah berdamai. Kami tak ada pergaduhan.

    Tiada kena mengena (gangguan pihak ketiga). Saya juga gembira dan sangat bersyukur. Saya rasa lagi tenang.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun turut mengucapkan rasa syukur kerana ianya tidak melibatkan sebarang elemen paksaan terhadap Shuhada sepanjang proses pendamaian ini berjalan.

    Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua. Tak ada sebarang isu atau provokasi berlaku. Memang kami bersetuju untuk berdamai secara baik.??‘Saya harap semuanya berdamai dan berjalan dengan baik serta isu anak-anak dapat diselesaikan dengan baik.

    Sementara itu, Shuhada yang tidak hadir ke mahkamah difahamkan kerana kurang sihat dan hanya diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan.

    Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Siti Fatimah Talib kemudian menetapkan 2 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

    Terdahulu, pada sebutan kes 9 Jun tahun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.

    Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

    Pada 2 Mac tahun lalu, Shuhada telah membuat laporan polis selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

    ALSO READ:  Ummi Nazeera Enggan Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz – ‘Saya Tak Mahu Guriskan Hati Sesiapa’

    Pelakon itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya (ketika itu) dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 A kanun yang sama.

    Untuk info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

    Pasangan itu kemudian disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai tahun lalu.

    Video

    @official

    Replying to @fieyz ? Hafidz Roshdi kini berasa lebih tenang ? # #sembangentertainment #hafidzroshdi #dah #tenang

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts